Blogger Templates

Rabu, Mac 30, 2011

Kek Sarang Semut versi kukus


Ini lah dia hasil pertama kek kukus sarang semut versi kukus....kek ni sebenarnya kena bakar...gara-gara teruja sangat nak buat kek ni...tak cek dulu oven ok ke tidak...oven ni last guna masa buat biskut hari raya tahun lepas...bila dah siap adunan dan perap dalam 2 jam...masa nak bakar tulah perasan yang oven takleh hidup nak taknak ter paksa lah kukus kek ni....masa tengah tunggu kukus surprise gak apa jadi ngan kek ni nanti....alhamdullillah rupanya jd juga...rasa dan tekstur sama macam yang bakar....siap ada lubang2 macam sarang semut ..kira jadilah ni....lepas ni kukus ajerlah jawabnya....aduhai bila nak dapat Oven baru ni....maaf gambar takmemuaskan...

Ahad, Mac 27, 2011

Aisyah 4 Tahun

Lilypie Fourth Birthday tickers


Tanggal 12 mac 2011, genap 4 tahun umur puteri sulung kesayanganku Nur Aisyah Aqeela....Mama sentiasa doakan semoga Aisyah menjadi anak yang solehah, anak yang lembut dan terang hatinya...semoga hidup Aisyah sentiasa dalam lindungan dan rahmat daripada Allah S.W.T..

Isnin, Februari 28, 2011

Bila hati mula bermonolog


Hari semakin hari usia semakin meningkat
bahagia yang kucari semakin sukar kudapat
adakah ini suratan yang patut aku tempuhi
yakin diri tak mampu aku lalui

diri umpama pungguk rindukan bulan
sang suami berbicara bila ia mahukan
adakah aku bukan seperti yang kau imaginasikan
adakah bagimu memiliki ku satu kesilapan

terkenang akan kelemahan diri
tak pandai nak berdikari
terlalu mengharapkan pada suami
akhirnya aku yang makan hati

sang suami yang perahsia
terlalu sukar kau nak ungkapkan kata cinta
adalakah kau sudah mula tak merasainya
ku harapkan kau masih setia
atau kau sedang menunggu pucuk muda
bila sampai waktunya akan adakah kata dua

Duhai hati tenanglah
Andai itu takdirnya pasrahlah
Mencari jalan bahagia bukannya mudah
Hanya cinta pada illahi yang abadi.





Isnin, Februari 14, 2011

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.....Maulidur Rasul adalah sambutan sempena hari memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Rasullalah s.a.w. yang disambut setiap 12 Rabiulawwal, dimana hari lahirnya insan yang membawa rahmat kepada seluruh alam seperti yang terkandung dalam surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud "kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat seluruh alam." marilah kita perbanyakkan selawat keatas junjungan kita yang disayangi supaya kita akan menjadi pengikutnya yang peroleh syafaat darinya diakhirat kelak...Amin...

Ahad, Januari 23, 2011

Kekanda Adinda

Hari ni mood nak layan lagu Kekanda Adinda yang dinyayikan oleh Monoloque ft Atilia....lagi ni sesuai untuk pasangan yang dah berkahwin terutamanya yang baru berkahwin....bahawa sefahaman dan komunikasi tu sangat penting dalam hidup sebagai suami isteri... best lagu ni Jom semua layan....

Khamis, Januari 20, 2011

Happy Birthday Hubby...



Happy Birthday hubby...Moga tahun ni, adalah tahun yang terbaik dari sebelumnya....semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan....Mama dan Anak-anak sentiasa akan bersamamu susah atau senang.....LOVE U SO MUCH....

Tahun ni buat pertama kalinya.....aku telah buat chocolate moist cake buat my hubby sempena birthdays nyer...selalunya kek beli ajer...nampak en.hubby suka sangat...tak sempat nak amek gambar kek.....orang yang paling excited adalah Aisyah...asik bertanya itu ini...bila dia tahu nak buat kek untuk birthday ayahnya lagilah dia seronok....siap cakap nak tolong...takpe esok aisyah dah besar boleh tolong mama....nanti birthday Aisyah mama buatkan kek juga ....

Rabu, Januari 19, 2011

Aku Meminta




sumber yang diambil pada : laman ziarah