Blogger Templates

Rabu, Disember 01, 2010

BERCUTI DI MELAKA 3D2N


Hari Pertama


Kami sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah sekitar pukul 11.00 pg, dan sampai ke Melaka sekitar pukul 12.30 tgh, perkara pertama cari tempat penginapan...pakat2 ngan my hubby..kami ambil keputusan untuk menginap kat hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, sebenarnya ini adalah kali kedua kali menginap kat hotel ni...oleh kerana kami sampai awal dari waktu check in yang sepatutnya pukul 2 ptg, maka kami merayau2 dulu,  makan tengah hari kat Taman Mini Malaysia kemuadian pergi melawat Taman Rama-Rama, okey juga pergi sana...dalam pukul 2 baru dapat masuk kat bilik hotel...
Gambar dalam bilik Hotel.
Aisyah dan Raiyan sampai aje terus layan tv tengok cartoon...

Akibat semua dah kepenatan, aktiviti selepas check-in adalah lepak dalam bilik hotel jer dalam pukul 4.30 ptg anak2 asik jenguk tingkap tengok orang mandi kat swimming pool....nak joint mandi jugalah...apa lagi nilah peluang mama nak main air juga...kami sekeluarga menghabiskan petang tu berendam dalam kolam...dah berendam perut lapar la....malam tu kami hanya makan di foodcourt Jusco...sambil2 nak cari baju renang anak2, sebab esok pagi2 nak pergi melaka Wonderland...aktiviti mandi2 jugak.

Taman Rama-rama, Ayer Keroh.

 
Hari Kedua

Pagi-pagi selepas serapan, kami sekeluarga pergi ke Taman Tema Wonderland, pusat riadah yang baru di buka pada Mei tahun ni....jarak tempat penginapan dengan taman tema ni tidaklah jauh sangat...tiket untuk dewasa RM30 manakala kanak-kanak dibawah 12 thn RM 25 dan kanak2 dibawah 3 tahun percuma..
tempat ni memang seronok buat anak2...mereka semua enjoy sangat ...habis semua kena sunburn...paling teruk aisyah dan raiyan..nampak sangat kesan terbakar kat muka merah2 macam melecur,lepas ni mama kena pastikan anak2 Mama pakai sunblok kalau nak pergi mandi2 outdoor macam ni...

posing-posing sebelum masuk Wonderland...
 hati2 kat sini banyak Dinosour.

 
 Antara gambar-gambar yang sempat di ambil sewaktu bermain air di Wonderland

lepas semuanya dah puas mandi2 kat wonderland, kami sekeluarga pergi pulak ke Dataran Pahlawan untuk makan tengahari, selepas tu pusing kat sana...kemudian kami sekeluarga pergi naik Menara Taming Sari, agak gayat juga...bila sampai kat puncak kami dihidangkan dengan permandangan sekitar menara..memang cantik...tak sangka Aisyah dan Raiyan sangat teruja, Mama ingat diorang pun gayat macam Mama..tiket untuk naik ke Menara untuk dewasa RM10 manakala kanak RM5 ini pun harga promosi
cuma yang mengecewakan gambar yang mereka rakam dijual dengan harga yang sangat mahal sekeping gambar dijual dengan harga RM30...mula2 ingat taknak beli...kemudian mereka tunjukkan globe salji yang terdapat gambar kami sekeluarga yang dijual RM45, Aisyah terus ambil dan bawa lari globe salji tu, nak tak nak terpaksa  mama beli harga untuk Kedua2nya RM55 pakej untuk dua barang tersebut pada harga yang sangat tidak berbaloi...hari pun dah petang kami sekeluarga pulang ke hotel....ingatkan semua dah penat, sampai jer kat hotel belum panas punggung masing2 tukar baju nak mandi kat swimming pool...mama jer tak dapat ikut sebab tak larat dah....penat....malam yer pulak pergi Mydin Ayer Keroh, ramai sangat org membeli belah kat sini...apa2 pun Mydin Ayer Keroh ni memang best, dengan sunsun atur yang sangat kemas dan menarik...

Gambar-gambar sewaktu berada di Menara Taming Sari.


Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi...apa lagi pergi mandi swimming pool, mandi puas2 sebab dah nak balik dah...check out pukul 12tgh. terus balik Simpang Renggam, sebelum sampai rumah singgah sekejap kat Ayer Hitam, Batu Pahat...saja singgah untuk makam tengahari...pastu Raiyan nak pulak patung Spongebob dan Aisyah  nak pulak bantal peluk BEN10....cuti2 kami sekeluarga kali ni menyeronokkan walaupun banyak main air dan banyak juga perabis duit...cuti yang ringkas tapi bermakna buat kami sekeluarga.... tahun depan kita nak pergi mana pulak ayah....


Selasa, November 09, 2010

TEMPE GORENG

Selalunya menu untuk minum petang biasanya kuih muih atau pisang goreng (paling hot)...tapi hari ini aku buat kelainan sikit untuk minum petang aku dan family, iaitu tempe goreng...bagi yang suka makan tempe ni memang lah sedap walau dimasak ape jua....tapi bagi yang tak suka tak dapek den nak nolong....yang bestnya anak-anak aku memang suka makan tempe ni.....dan yang paling bagus tempe ni banyak khasiatnya...jadi minum petang kami sekeluarga petang ni adalah makanan berkhasiat....


tempe ni...aku goreng dengan tepung....letak sikit jintan, ketumbar, bawang putih tumbuk sampai lumat kemudian masukkan dalam tepung dan bancuh macam nak buat tepung goreng pisang jangan lupa letak garam dan kunyit sikit, kemudian goreng sampai kekuningan....pastu nak makan cicah ngan sambal kicap....pehh terangkat.....memang sedap....nak sambal kicap yang sedap, tumbuk cili api letak seulas bawang putih, guna kicap manis baru best....

Sabtu, November 06, 2010

Boleh pandang2, jangan pegang2

Sejak dua, tiga minggu ni asik dok dengar lagu ni jer....oleh kerana minat sangat ngan lagu ni...maka aku paparkan dlm blog aku ni......JOM LAYANNN....



lagu ni memang best....lirik yang sempoi tapi padat ngan mesej...paling bagus lagu ni ditujukan untuk bebudak muda yang tengah hangat bercintan cintun....sebagai peringatan dan pengajaran....

Selasa, Oktober 26, 2010

"CUTES BABY CONTEST" bersama Sinar Raudah

Ini percubaan kali kedua saya joint contest, kali ni bersama contest


Kali ni, aku nak pertaruhkan gambar anak bujang kesayang ku ni...mana lah tahu ada luck...
harap2 pihak penganjur berpuas hati ...jom layan...


NAMA : MUHAMMAD AR-RAIYAN B. ABDUL RAHMAN
UMUR : 2 THN 2 BLN

contest ni akan tamat pada 31 Oktober 2010 tepat jam 11.59pm
sesiapa yg berminat nak joint KLIK SINI

Ahad, Oktober 10, 2010

‘ CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’



Untuk pertama kalinya aku joint contest blog ni, saja untuk suka2...thank yati kerana ajak joint.....aku baru nak belajar2 mula2 tak tau mcm macam mana nak joint contest, pening gak si yati nak menjawab pertanyaan demi pertanyaan dari aku, sekarang dah faham mcm mana nak buat...agak simple tapi kalau tak tau pening gak mula2 nak buat..almaklumlah org baru belajar...pasni bolehlah joint banyak-banyak contest lain....eemmmm ada orang boleh lawan ker muncung si kakak tu...panjang betul....dan aku pertaruhkan gambar anak bujang ni....

Nama : Muhammad Ar-Raiyan Bin Abdul Rahman
Umur: 2 Thn 1 Bln

Selasa, September 28, 2010

HARI RAYA 2010

Selamat Hari Raya ......
Tahun ni sambutan hari raya yang sangat berbeza dari tahun2 sebelumnya bagi aku sekeluarga, akan aku kenang sampai bila2, tahun ni sambut hari raya kat umah mak kat puchong....bawah ni antara gambar yang sempat kami sekeluarga rakamkan....

Gambar ni diambil pada pagi 1 syawal, lokasinya di rumah mak aku kat puchong dan umah nenek kat puchong juga...cuma sayang tak semua adik-beradik dapat berkumpul waktu ni...biasalah ada yang raya  umah rumah mertua...


Balik Raya kat Johor pulak.....joint marhaban sekolah suami ngan marhaban kat taman perumahan yang aku duduk...dalam satu hari kat 10 umah, dalam seminggu ni jadual penuh, dah macam2 makanan yang masuk kat perut aku ni....agak2 bila aku nak kena diet..raya tak habis lg, minggu ni masih ada marhaban yg kena follow, ialah org dah dtg umah kita time ni lah nak balas....antaranya menu yg dah masuk kat perut aku untuk minggu ni ialah, Laksa Johor, Laksa Pinang, Burasak(makanan Org Bugis), mee kari, roti jala, nasi tomato, sate, ayam percik, sup kambing, yong tau foo, soto, bihun sup daging, puding karemal, sandwich, nasi impit, rendang ayam, rendang daging, rendang daging kerbau pun ada tahun ni, kastad berkuah dan mcm2 lg, nak tulis panjang sangat...tu belum lagi biskut ngan kerepek raya....

minggu ni adalah minggu kekeyangan dan minggu dapur kat umah tak berasap....time2 ni teringat kat penduduk pakistan yang kekurangan makanan akibat banjir buruk yang menimpa negara diorang,  bersyukur kita kat sini masih dilimpahi dengan macam2 makanan nak2 hari raya ni....moga Allah tak tarik nikmat yang diberi...

Isnin, Ogos 30, 2010

SEMANGAT MERDEKA

MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA...






Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun....semoga Malaysia terus maju , aman dan makmur.....Sempena hari kemerdekaan ni, kami sekeluarga turut menyambut hari lahir Raiyan, putera ku yang menyambut hari lahir nya yang  ke-2 tahun....mama doakan semoga adik membesar dengan sihat, cergas dan membesar menjadi nak yang soleh...amin...sama2 kita nantikan kek dan hadiah yang ayah janjikan untuk adik...kalau dah ada boleh juga share kat sini.....


Anak-anak excited pegang jalur gemilang....lagi2 bila gambarnya dirakam...masing2 lah buat gaya...

Sabtu, Ogos 28, 2010

Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir

Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir

Rabu, Ogos 18, 2010

PECEL LELEH

Hari ni dah masuk hari yang kelapan umat Islam berpuasa dan seperti hari-hari sebelum nya aku sekeluarga berbuka puasa dengan juadah yang ringkas2 jer...kalau ni juadah berbuka puasa maka ini jugalah juadah yang akan aku santap waktu sahur nanti...menu hari ni Pecel leleh (ikan keli) dengan sambal goreng...kedua2 menu ni adalah masakan orang jawa....aku kan orang jawa dan yang pasti ini adalah makanan kegemaran my hubby...


Gambar kat sebelah nilah namanya pecel leleh...senang jer nak buat, masakan yang simple tapi sedap...biasalah ikan keli masak apa pun sedap..he..he..he...jom share...


Bahan-bahannya.
4-5 ekor ikan keli (goreng atau bakar)
1 mangkuk santan
12-15 biji cili api
3 ulas bawang putih
4-5 ketul cekur
2-3 helai daun cekur (dihiris kasar)
garam secukup rasa


cara-cara membuatnya.
Bawang putih, cili api dan cekur ditumbuk sampai lumat, kemudian masukkan kedalam periuk yang ada santan, masak sampai mendidih, kemudian masukkan daun cekur yang dihiris tadi, jangan lupa masukkan garam secukup rasa pastu bolehlah masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi, lebih sedap kalau ikan keli tu dibakar...




Pecel Leleh dan Sambal Goreng.

Khamis, Julai 29, 2010

Wahai wanita yang bergelar isteri, mari kita renungkan bersama sirah ini....

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.

Rasulullah SAW bertanya pada anakdanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".
Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis".


Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya)mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah?".

Mendengar perkataan anandanya ini, maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaa nirrahiim" . Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakdanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga".

Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetanggany a maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?.

Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmaut- nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

sama-samalah kita renungkan... .

wallahua'alm. ..

Khamis, Julai 22, 2010

Fadilat Nisfu Syaaban

Minggu depan 27 July 2010, semua umat Islam akan menyambut malam pertengahan Syaaban, Nisfu Syaaban. Malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat dan kita digalakkan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.

Pada malam itu adalah lembaran baru bagi catatan amalnya untuk setahun ke depan di mana pada siang sebelumnya adalah lembaran penutup bagi catatan amalnya setahun ke belakang.

Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina.

Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita. Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang menghidupkan kita dan kemudian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya kerana ketika dia tidak ada lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat. Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka.

Dengan cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya; melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.

Cinta kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia mesti dibuktikan dengan perbuatan.

Apatah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan ini juga sebagai persiapan awal kedatangantamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan. Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam bermasyarakat.

Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.

Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa, pada satu sisi ada jiwa yang dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi yang lain pula ada jiwa yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.

Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia dengan cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan cinta Allah. Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua disebut adalah orang tidak beriman.

Allah berfirman maksudnya: “(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), dan mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 165)

Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali ‘Imran ada disebut maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mengapa kita mesti mengikuti Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani sunnahnya.

Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban dengan menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata’ala pada pandangan sesetengah pihak umat Islam.
Wallahu a’lam.

INTI PATI

Pengertian Nisfu Syaaban

* Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan.

* Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Ia juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan.

* Umat Islam yang berpendapat bahawa malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat akan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.

Isnin, Mei 24, 2010

FATHER'S DAY

Buat suamiku yang amat aku sayang, selamat hari bapa, abang memang ayah yang terbaik buat anak2 ku,
ayang dengan anak2 amat menyayangi abang, kami semua amat perlukan perhatian dan kasih sayang abang, tanpa abang disisi ayang dan anak terasa sepi...WE LOVE U AYAH...


Inilah ayah dengan anak kesayangannya. Amboi kakak manja betul dia ngan ayah...ayah pun sayang adik raiyan jugakan, cuma kalau ada mama adik taknak ngan sesapa...sebab adik anak manja mama...kakak pun sama...mama sayang semua, tanpa kalian hidup mama akan merana....


Isnin, Mei 10, 2010

KEAJAIBAN AIR

Sebenar aku tengah cari satu produk penapisan air, bila tanya orang macam-macam komen diorang bagi, masing-masing cerita tentang kelebihan penapis air masing-masing, yang paling tak tahan kenapalah kebanyakkan penapis air kat pasaran ni mahal-mahal, aku kalau boleh nak carilah yang bagus tapi harga yang murah, mampu milik gitu. penapis air sekarang ni bukan barang mewah lagi tapi barang keperluan, sebab kualiti air kita sekarang dah telampau teruk, orang lain dah lama pakai aku jer yang baru sebuk nak survay..

Apa lagi akupun bukalah internet untuk cari bahan-bahan yang berkaitan ngan air ni, iyalah nak beli penapis air kenalah survay  betul-betul, takut nanti terbeli yang hampeh, dah keluar duit banyak, macam-macam pandangan diaorang bagi. tapi ada sesuatu yang menarik aku jumpa nak share ngan semua...mungkin dah ramai yang tahu, tapi aku baru tahu...jom tengok....


Menurut Emoto, air bisa "mendengar" kata2, "membaca" tulisan, dan "mengerti" pesan dan serta merekam pesan spt pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dlm pesan tercetak di air. Air bisa mentransfer pesan tadi melalui molekul air yg lain.



Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan didepan sebotol air maka terekam kristal seperti gambar dibawah:





Ketika dicoba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan.










Ketika diputarkan musik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga.












Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur.







Kristal air ini merekam lagu ‘Imagine’ dari John Lennon. Spt lagunya, kristal ini unik dan indah. Setiap elemen tumbuh dg harmonis.






Saat diungkapkan ‘war’, kpd kristal air (sebelah kiri), maka bentuk kristal ‘peace’ (kanan) tertabrak oleh benda mirip pswt (WTC pd 9 Sept). Gb direkam sblm kejadian.







Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dg kristal hexagonal yg indah (gambar kiri) dan ketika ditunjukan kata "setan", kristal berbentuk buruk dg bola api ditengah (gambar kanan).



Kristal air yang direkam dari mata air yg masih jernih di Jepang.







Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah s.w.t, menjadikan sesuatu...

Sabtu, Mei 08, 2010

SELAMAT HARI IBU

Buat semua ibu-ibu "SELAMAT HARI IBU" moga kita semua menjadi ibu-ibu yang amat dibanggakan oleh anak-anak kita, menjadi ibu yang sangat dikasihi, jalankan tanggungjawab kita tanpa mengeluh kesah.
Dulu sebelum kita jadi ibu kita tak faham mcm mana payahnya seorang ibu membesarkan anak-anaknya, makin ramai anak macam-macam ragam terpaksa ditempuh oleh seorang ibu melayan kerenah mereka. sekarang bila dah ada anak ni barulah tahu, betapa payahnya membesarkan anak, bila ada anak ni tidur malam pun dah taklena, tapi aku bersyukur kerana anak-anakku membesar sihat.
Buat anak-anak semua hargailah ibu anda selagi dia masih ada didunia ini, kenanglah segala pengorbanan dan jasanya pada kita, ingatlah segala jasa mereka takterbalas oleh kita pun, lawatlah mereka jika ada masa terluang, kerana ingatan anda pada ibu anda adalah kebahgian buat mereka, seorang ibu tak minta ditaburi wang ringgit oleh anak-anak cukup kalau anak-anak sentiasa mengingati dan memberi perhatian sama seperti mereka memberi perhatian pada kita sewaktu kita kecil dahulu...

Buat Emak ku, Selamat Hari Ibu,  kakak sayang kat mak sangat2, jasa-jasa dan pengorbanan mak tak dapat kak balas.. I LOVE U MOM..

Jumaat, Mei 07, 2010

Salam perkenalan



Salam sejahtera buat semua, akhirnya dengan bantuan seorang rakan dapat jua membuka blog ini untuk coretan suka duka ku dalam kehidupan ini.
KASIH RAISYAH itulah nama untuk blog ku ini, raisyah adalah gabungan kedua-dua anak ku iaitu Nur Aisyah Aqeela dan anak kedua ku Muhammad Ar-Raiyan, mereka ini jantung hati ku, dalam blog ini akan aku ceritakan mengenai mereka dari kecil sampai sekarang dan juga kisah ku dari sekolah dan sekarang, dan apa-apa jerlah cerita-cerita yang best.