Blogger Templates

Isnin, Februari 28, 2011

Bila hati mula bermonolog


Hari semakin hari usia semakin meningkat
bahagia yang kucari semakin sukar kudapat
adakah ini suratan yang patut aku tempuhi
yakin diri tak mampu aku lalui

diri umpama pungguk rindukan bulan
sang suami berbicara bila ia mahukan
adakah aku bukan seperti yang kau imaginasikan
adakah bagimu memiliki ku satu kesilapan

terkenang akan kelemahan diri
tak pandai nak berdikari
terlalu mengharapkan pada suami
akhirnya aku yang makan hati

sang suami yang perahsia
terlalu sukar kau nak ungkapkan kata cinta
adalakah kau sudah mula tak merasainya
ku harapkan kau masih setia
atau kau sedang menunggu pucuk muda
bila sampai waktunya akan adakah kata dua

Duhai hati tenanglah
Andai itu takdirnya pasrahlah
Mencari jalan bahagia bukannya mudah
Hanya cinta pada illahi yang abadi.





0 ulasan: