Blogger Templates

Isnin, September 26, 2011

cerita sepanjang raya 2011

Aduhai lama betul tak update blog ni, ok kita mulakan dengan raya..tahun ni betul2 beraya sakan dari selatan sampai ke utara malaysia....singgah kat tengah umah mak kat Puchong..... .tahun ni giliran beraya kat perlis rumah mak mertua angkat....mak mertua pun ada angkat2 jugakan....macam tahun2 sebelum ni kami sekeluarga akan berpakaian sedondon...tema tahun ni warna kelabu keunguan,jom layan gambar2 kami sekeluarga yang sempat di rakam dan antara gambar yang saya suka.

gambar kami sekeluarga

gambar bersama-sama sekeluarga dipagi raya

raya di Perlis sampai raya ketiga, pastu raya dengan keluarga saya kat puchong pulak, waktu di Puchong sempat kami pergi beraya kat umah pakcik-pakcik saya di sekitar Tanjung Karang balik dari Tanjung Karang sempat pergi singgah I-City, beraya sakan kitaorg dari pagi pergi malam baru balik, dalam pada tu sempat juga kami menyambut birthday anak bujang ku Muhammad Ar-Raiyan yang ke-3 tahun, buat simple jer, hanya untuk meraikan birthday Raiyan dan makan2 berkumpul kami satu famili...

gambar sekitar sambutan birthday Raiyan.

gambar masa jalan2 kat I-City, selepas balik beraya

4hb Sept. baru balik ker rumah di Johor, tak habis lagi raya, kat sini di sekitar tempat tinggal ada buat marhaban, saya follow juga open house yang dianjurkan oleh kawan2 suami, siang dan malam jadual penuh, seingat saya dari balik ari tu hanya beberapa kali jer saya masak, selebihnya pergi makan kat tempat open house atau marhaban...hari ni pun ada jiran sebelah umah ajak datang umah nya...macam biasalah ada makan2.

kat Johor ni raya sampai sebulan, kejutan budaya buat saya masa mula2 duduk kat sini. kalau kat puchong bebudak hanya datang beraya masa raya pertama dan kedua jer tapi sekarang kebanyakkan bebudak ikut ibu atau bapa mereka sewaktu Marhaban Raya, dah takde lagi rombongan kanak2, tapi kat sini dah nak habis syawal masih ada lagi bebudak masih datang nak beraya...dah nak akhir2 syawal ni agak malas nak layan bebudak yang datang, kuih raya pun dah takde....tapi kadang terpaksa gak layan bila diorg tekan loceng sampai macam nak meletup.....


0 ulasan: