Isnin, Mei 24, 2010
FATHER'S DAY
Dicatat oleh Dila pada Isnin, Mei 24, 2010 0 ulasan
Label: Father's Day
Isnin, Mei 10, 2010
KEAJAIBAN AIR
Sebenar aku tengah cari satu produk penapisan air, bila tanya orang macam-macam komen diorang bagi, masing-masing cerita tentang kelebihan penapis air masing-masing, yang paling tak tahan kenapalah kebanyakkan penapis air kat pasaran ni mahal-mahal, aku kalau boleh nak carilah yang bagus tapi harga yang murah, mampu milik gitu. penapis air sekarang ni bukan barang mewah lagi tapi barang keperluan, sebab kualiti air kita sekarang dah telampau teruk, orang lain dah lama pakai aku jer yang baru sebuk nak survay..
Apa lagi akupun bukalah internet untuk cari bahan-bahan yang berkaitan ngan air ni, iyalah nak beli penapis air kenalah survay betul-betul, takut nanti terbeli yang hampeh, dah keluar duit banyak, macam-macam pandangan diaorang bagi. tapi ada sesuatu yang menarik aku jumpa nak share ngan semua...mungkin dah ramai yang tahu, tapi aku baru tahu...jom tengok....
Menurut Emoto, air bisa "mendengar" kata2, "membaca" tulisan, dan "mengerti" pesan dan serta merekam pesan spt pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dlm pesan tercetak di air. Air bisa mentransfer pesan tadi melalui molekul air yg lain.


Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah s.w.t, menjadikan sesuatu...
Dicatat oleh Dila pada Isnin, Mei 10, 2010 0 ulasan
Label: Renungan
Sabtu, Mei 08, 2010
SELAMAT HARI IBU
Buat semua ibu-ibu "SELAMAT HARI IBU" moga kita semua menjadi ibu-ibu yang amat dibanggakan oleh anak-anak kita, menjadi ibu yang sangat dikasihi, jalankan tanggungjawab kita tanpa mengeluh kesah.
Dulu sebelum kita jadi ibu kita tak faham mcm mana payahnya seorang ibu membesarkan anak-anaknya, makin ramai anak macam-macam ragam terpaksa ditempuh oleh seorang ibu melayan kerenah mereka. sekarang bila dah ada anak ni barulah tahu, betapa payahnya membesarkan anak, bila ada anak ni tidur malam pun dah taklena, tapi aku bersyukur kerana anak-anakku membesar sihat.
Buat anak-anak semua hargailah ibu anda selagi dia masih ada didunia ini, kenanglah segala pengorbanan dan jasanya pada kita, ingatlah segala jasa mereka takterbalas oleh kita pun, lawatlah mereka jika ada masa terluang, kerana ingatan anda pada ibu anda adalah kebahgian buat mereka, seorang ibu tak minta ditaburi wang ringgit oleh anak-anak cukup kalau anak-anak sentiasa mengingati dan memberi perhatian sama seperti mereka memberi perhatian pada kita sewaktu kita kecil dahulu...
Buat Emak ku, Selamat Hari Ibu, kakak sayang kat mak sangat2, jasa-jasa dan pengorbanan mak tak dapat kak balas.. I LOVE U MOM..
Dicatat oleh Dila pada Sabtu, Mei 08, 2010 3 ulasan
Label: Hari Ibu
Jumaat, Mei 07, 2010
Salam perkenalan
Salam sejahtera buat semua, akhirnya dengan bantuan seorang rakan dapat jua membuka blog ini untuk coretan suka duka ku dalam kehidupan ini.
KASIH RAISYAH itulah nama untuk blog ku ini, raisyah adalah gabungan kedua-dua anak ku iaitu Nur Aisyah Aqeela dan anak kedua ku Muhammad Ar-Raiyan, mereka ini jantung hati ku, dalam blog ini akan aku ceritakan mengenai mereka dari kecil sampai sekarang dan juga kisah ku dari sekolah dan sekarang, dan apa-apa jerlah cerita-cerita yang best.
Dicatat oleh Dila pada Jumaat, Mei 07, 2010 0 ulasan