Hari Pertama
Rabu, Disember 01, 2010
BERCUTI DI MELAKA 3D2N
Hari Pertama
Dicatat oleh Dila pada Rabu, Disember 01, 2010 0 ulasan
Label: Bercuti
Selasa, November 09, 2010
TEMPE GORENG
Selalunya menu untuk minum petang biasanya kuih muih atau pisang goreng (paling hot)...tapi hari ini aku buat kelainan sikit untuk minum petang aku dan family, iaitu tempe goreng...bagi yang suka makan tempe ni memang lah sedap walau dimasak ape jua....tapi bagi yang tak suka tak dapek den nak nolong....yang bestnya anak-anak aku memang suka makan tempe ni.....dan yang paling bagus tempe ni banyak khasiatnya...jadi minum petang kami sekeluarga petang ni adalah makanan berkhasiat....
tempe ni...aku goreng dengan tepung....letak sikit jintan, ketumbar, bawang putih tumbuk sampai lumat kemudian masukkan dalam tepung dan bancuh macam nak buat tepung goreng pisang jangan lupa letak garam dan kunyit sikit, kemudian goreng sampai kekuningan....pastu nak makan cicah ngan sambal kicap....pehh terangkat.....memang sedap....nak sambal kicap yang sedap, tumbuk cili api letak seulas bawang putih, guna kicap manis baru best....
Dicatat oleh Dila pada Selasa, November 09, 2010 0 ulasan
Label: masak-masak
Sabtu, November 06, 2010
Boleh pandang2, jangan pegang2
Sejak dua, tiga minggu ni asik dok dengar lagu ni jer....oleh kerana minat sangat ngan lagu ni...maka aku paparkan dlm blog aku ni......JOM LAYANNN....
lagu ni memang best....lirik yang sempoi tapi padat ngan mesej...paling bagus lagu ni ditujukan untuk bebudak muda yang tengah hangat bercintan cintun....sebagai peringatan dan pengajaran....
Dicatat oleh Dila pada Sabtu, November 06, 2010 2 ulasan
Label: lagu
Selasa, Oktober 26, 2010
"CUTES BABY CONTEST" bersama Sinar Raudah
Dicatat oleh Dila pada Selasa, Oktober 26, 2010 1 ulasan
Label: Contest
Ahad, Oktober 10, 2010
‘ CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’
Untuk pertama kalinya aku joint contest blog ni, saja untuk suka2...thank yati kerana ajak joint.....aku baru nak belajar2 mula2 tak tau mcm macam mana nak joint contest, pening gak si yati nak menjawab pertanyaan demi pertanyaan dari aku, sekarang dah faham mcm mana nak buat...agak simple tapi kalau tak tau pening gak mula2 nak buat..almaklumlah org baru belajar...pasni bolehlah joint banyak-banyak contest lain....eemmmm ada orang boleh lawan ker muncung si kakak tu...panjang betul....dan aku pertaruhkan gambar anak bujang ni....
Dicatat oleh Dila pada Ahad, Oktober 10, 2010 4 ulasan
Label: Contest
Selasa, September 28, 2010
HARI RAYA 2010
Selamat Hari Raya ......
Tahun ni sambutan hari raya yang sangat berbeza dari tahun2 sebelumnya bagi aku sekeluarga, akan aku kenang sampai bila2, tahun ni sambut hari raya kat umah mak kat puchong....bawah ni antara gambar yang sempat kami sekeluarga rakamkan....
Dicatat oleh Dila pada Selasa, September 28, 2010 1 ulasan
Label: hari raya
Isnin, Ogos 30, 2010
SEMANGAT MERDEKA
MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA...
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun....semoga Malaysia terus maju , aman dan makmur.....Sempena hari kemerdekaan ni, kami sekeluarga turut menyambut hari lahir Raiyan, putera ku yang menyambut hari lahir nya yang ke-2 tahun....mama doakan semoga adik membesar dengan sihat, cergas dan membesar menjadi nak yang soleh...amin...sama2 kita nantikan kek dan hadiah yang ayah janjikan untuk adik...kalau dah ada boleh juga share kat sini.....
Dicatat oleh Dila pada Isnin, Ogos 30, 2010 0 ulasan
Label: Semangat Merdeka
Sabtu, Ogos 28, 2010
Rabu, Ogos 18, 2010
PECEL LELEH
Hari ni dah masuk hari yang kelapan umat Islam berpuasa dan seperti hari-hari sebelum nya aku sekeluarga berbuka puasa dengan juadah yang ringkas2 jer...kalau ni juadah berbuka puasa maka ini jugalah juadah yang akan aku santap waktu sahur nanti...menu hari ni Pecel leleh (ikan keli) dengan sambal goreng...kedua2 menu ni adalah masakan orang jawa....aku kan orang jawa dan yang pasti ini adalah makanan kegemaran my hubby...
Bahan-bahannya.
4-5 ekor ikan keli (goreng atau bakar)
1 mangkuk santan
12-15 biji cili api
3 ulas bawang putih
4-5 ketul cekur
2-3 helai daun cekur (dihiris kasar)
garam secukup rasa
cara-cara membuatnya.
Dicatat oleh Dila pada Rabu, Ogos 18, 2010 0 ulasan
Label: masak-masak
Khamis, Julai 29, 2010
Wahai wanita yang bergelar isteri, mari kita renungkan bersama sirah ini....
Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya)mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah?".
Dicatat oleh Dila pada Khamis, Julai 29, 2010 0 ulasan
Label: Renungan
Khamis, Julai 22, 2010
Fadilat Nisfu Syaaban
Dicatat oleh Dila pada Khamis, Julai 22, 2010 0 ulasan
Label: Renungan
Isnin, Mei 24, 2010
FATHER'S DAY
Dicatat oleh Dila pada Isnin, Mei 24, 2010 0 ulasan
Label: Father's Day
Isnin, Mei 10, 2010
KEAJAIBAN AIR
Sebenar aku tengah cari satu produk penapisan air, bila tanya orang macam-macam komen diorang bagi, masing-masing cerita tentang kelebihan penapis air masing-masing, yang paling tak tahan kenapalah kebanyakkan penapis air kat pasaran ni mahal-mahal, aku kalau boleh nak carilah yang bagus tapi harga yang murah, mampu milik gitu. penapis air sekarang ni bukan barang mewah lagi tapi barang keperluan, sebab kualiti air kita sekarang dah telampau teruk, orang lain dah lama pakai aku jer yang baru sebuk nak survay..
Apa lagi akupun bukalah internet untuk cari bahan-bahan yang berkaitan ngan air ni, iyalah nak beli penapis air kenalah survay betul-betul, takut nanti terbeli yang hampeh, dah keluar duit banyak, macam-macam pandangan diaorang bagi. tapi ada sesuatu yang menarik aku jumpa nak share ngan semua...mungkin dah ramai yang tahu, tapi aku baru tahu...jom tengok....
Menurut Emoto, air bisa "mendengar" kata2, "membaca" tulisan, dan "mengerti" pesan dan serta merekam pesan spt pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dlm pesan tercetak di air. Air bisa mentransfer pesan tadi melalui molekul air yg lain.


Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah s.w.t, menjadikan sesuatu...
Dicatat oleh Dila pada Isnin, Mei 10, 2010 0 ulasan
Label: Renungan
Sabtu, Mei 08, 2010
SELAMAT HARI IBU
Buat semua ibu-ibu "SELAMAT HARI IBU" moga kita semua menjadi ibu-ibu yang amat dibanggakan oleh anak-anak kita, menjadi ibu yang sangat dikasihi, jalankan tanggungjawab kita tanpa mengeluh kesah.
Dulu sebelum kita jadi ibu kita tak faham mcm mana payahnya seorang ibu membesarkan anak-anaknya, makin ramai anak macam-macam ragam terpaksa ditempuh oleh seorang ibu melayan kerenah mereka. sekarang bila dah ada anak ni barulah tahu, betapa payahnya membesarkan anak, bila ada anak ni tidur malam pun dah taklena, tapi aku bersyukur kerana anak-anakku membesar sihat.
Buat anak-anak semua hargailah ibu anda selagi dia masih ada didunia ini, kenanglah segala pengorbanan dan jasanya pada kita, ingatlah segala jasa mereka takterbalas oleh kita pun, lawatlah mereka jika ada masa terluang, kerana ingatan anda pada ibu anda adalah kebahgian buat mereka, seorang ibu tak minta ditaburi wang ringgit oleh anak-anak cukup kalau anak-anak sentiasa mengingati dan memberi perhatian sama seperti mereka memberi perhatian pada kita sewaktu kita kecil dahulu...
Buat Emak ku, Selamat Hari Ibu, kakak sayang kat mak sangat2, jasa-jasa dan pengorbanan mak tak dapat kak balas.. I LOVE U MOM..
Dicatat oleh Dila pada Sabtu, Mei 08, 2010 3 ulasan
Label: Hari Ibu
Jumaat, Mei 07, 2010
Salam perkenalan
Salam sejahtera buat semua, akhirnya dengan bantuan seorang rakan dapat jua membuka blog ini untuk coretan suka duka ku dalam kehidupan ini.
KASIH RAISYAH itulah nama untuk blog ku ini, raisyah adalah gabungan kedua-dua anak ku iaitu Nur Aisyah Aqeela dan anak kedua ku Muhammad Ar-Raiyan, mereka ini jantung hati ku, dalam blog ini akan aku ceritakan mengenai mereka dari kecil sampai sekarang dan juga kisah ku dari sekolah dan sekarang, dan apa-apa jerlah cerita-cerita yang best.
Dicatat oleh Dila pada Jumaat, Mei 07, 2010 0 ulasan