Blogger Templates

Rabu, Ogos 10, 2011

Roti jala dan kari daging



Alhamdulillah hari ni sudah sepuluh hari berpuasa, hari ni mood rajin sikit tu yang buat roti jala....buat tak banyak pun setengah kilo jer tapi jenuh berdiri..berpeluh2 gak nak habiskan...nasib baik sempat habis sebelum waktu berbuka......sebenarnya dah lama nak buat entry pasal roti jala yang menggunakan botol sos tiga lubang ni, senang sangat yang penting dapur tak berkecah-kecah, nak tengok macam mana botol sos tu boleh tekan SINI

yang ni pulak kari daging untuk cicah dengan roti jala, semua tahu macam mana nak buat kari daging ni tak lah nak tulis macam mana nak buat kan...tapi saya memang tak pandai masak daging sebenarnya... belilah daging segar atau daging import, saya masak daging mesti tak berapa empuk...tak tau mana silapnya...memang kena belajar lagi..