Blogger Templates

Rabu, Disember 01, 2010

BERCUTI DI MELAKA 3D2N


Hari Pertama


Kami sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah sekitar pukul 11.00 pg, dan sampai ke Melaka sekitar pukul 12.30 tgh, perkara pertama cari tempat penginapan...pakat2 ngan my hubby..kami ambil keputusan untuk menginap kat hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, sebenarnya ini adalah kali kedua kali menginap kat hotel ni...oleh kerana kami sampai awal dari waktu check in yang sepatutnya pukul 2 ptg, maka kami merayau2 dulu,  makan tengah hari kat Taman Mini Malaysia kemuadian pergi melawat Taman Rama-Rama, okey juga pergi sana...dalam pukul 2 baru dapat masuk kat bilik hotel...
Gambar dalam bilik Hotel.
Aisyah dan Raiyan sampai aje terus layan tv tengok cartoon...

Akibat semua dah kepenatan, aktiviti selepas check-in adalah lepak dalam bilik hotel jer dalam pukul 4.30 ptg anak2 asik jenguk tingkap tengok orang mandi kat swimming pool....nak joint mandi jugalah...apa lagi nilah peluang mama nak main air juga...kami sekeluarga menghabiskan petang tu berendam dalam kolam...dah berendam perut lapar la....malam tu kami hanya makan di foodcourt Jusco...sambil2 nak cari baju renang anak2, sebab esok pagi2 nak pergi melaka Wonderland...aktiviti mandi2 jugak.

Taman Rama-rama, Ayer Keroh.

 
Hari Kedua

Pagi-pagi selepas serapan, kami sekeluarga pergi ke Taman Tema Wonderland, pusat riadah yang baru di buka pada Mei tahun ni....jarak tempat penginapan dengan taman tema ni tidaklah jauh sangat...tiket untuk dewasa RM30 manakala kanak-kanak dibawah 12 thn RM 25 dan kanak2 dibawah 3 tahun percuma..
tempat ni memang seronok buat anak2...mereka semua enjoy sangat ...habis semua kena sunburn...paling teruk aisyah dan raiyan..nampak sangat kesan terbakar kat muka merah2 macam melecur,lepas ni mama kena pastikan anak2 Mama pakai sunblok kalau nak pergi mandi2 outdoor macam ni...

posing-posing sebelum masuk Wonderland...
 hati2 kat sini banyak Dinosour.

 
 Antara gambar-gambar yang sempat di ambil sewaktu bermain air di Wonderland

lepas semuanya dah puas mandi2 kat wonderland, kami sekeluarga pergi pulak ke Dataran Pahlawan untuk makan tengahari, selepas tu pusing kat sana...kemudian kami sekeluarga pergi naik Menara Taming Sari, agak gayat juga...bila sampai kat puncak kami dihidangkan dengan permandangan sekitar menara..memang cantik...tak sangka Aisyah dan Raiyan sangat teruja, Mama ingat diorang pun gayat macam Mama..tiket untuk naik ke Menara untuk dewasa RM10 manakala kanak RM5 ini pun harga promosi
cuma yang mengecewakan gambar yang mereka rakam dijual dengan harga yang sangat mahal sekeping gambar dijual dengan harga RM30...mula2 ingat taknak beli...kemudian mereka tunjukkan globe salji yang terdapat gambar kami sekeluarga yang dijual RM45, Aisyah terus ambil dan bawa lari globe salji tu, nak tak nak terpaksa  mama beli harga untuk Kedua2nya RM55 pakej untuk dua barang tersebut pada harga yang sangat tidak berbaloi...hari pun dah petang kami sekeluarga pulang ke hotel....ingatkan semua dah penat, sampai jer kat hotel belum panas punggung masing2 tukar baju nak mandi kat swimming pool...mama jer tak dapat ikut sebab tak larat dah....penat....malam yer pulak pergi Mydin Ayer Keroh, ramai sangat org membeli belah kat sini...apa2 pun Mydin Ayer Keroh ni memang best, dengan sunsun atur yang sangat kemas dan menarik...

Gambar-gambar sewaktu berada di Menara Taming Sari.


Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi...apa lagi pergi mandi swimming pool, mandi puas2 sebab dah nak balik dah...check out pukul 12tgh. terus balik Simpang Renggam, sebelum sampai rumah singgah sekejap kat Ayer Hitam, Batu Pahat...saja singgah untuk makam tengahari...pastu Raiyan nak pulak patung Spongebob dan Aisyah  nak pulak bantal peluk BEN10....cuti2 kami sekeluarga kali ni menyeronokkan walaupun banyak main air dan banyak juga perabis duit...cuti yang ringkas tapi bermakna buat kami sekeluarga.... tahun depan kita nak pergi mana pulak ayah....